Konflik Armenia-Azerbaijan korban 16, gugat kestabilan serantau

Konflik Armenia-Azerbaijan korban 16, gugat kestabilan serantau

Rusia menggesa gencatan senjata, tetapi Turki berkata, ia menyokong Azerbaijan.

Tentera Armenia memusnahkan kereta kebal Arzebaijan di wilayah Nagorny Karabakh Ahad. (Gambar AP)

YEREVAN/BAKU: Sekurang-kurangnya 16 anggota tentera dan beberapa orang awam terbunuh dalam konflik terbesar antara Armenia dan Azerbaijan sejak 2016.

Ia mencetuskan kebimbangan berhubung kestabilan di Kaukasia Selatan, korridor kepada saluran paip yang menyalurkan minyak dan gas kepada pasaran dunia.

Pertembungan antara 2 bekas negara Soviet itu, yang pernah berperang antara satu sama lain pada 1990-an, adalah cetusan terbaru dalam konflik berpanjangan berhubung Nagorno-Karabakh, wilayah pemisah yang berada dalam Azerbaijan tetapi diperintah oleh etnik Armenia.

Nagorno-Karabakh berkata, 16 anggota keselamatannya terbunuh dan lebih 100 cedera selepas Azerbaijan melancarkan serangan udara dan artileri awal pada Ahad.

Armenia dan Nagorno-Karabakh mengumumkan undang-undang tentera dan mengerahkan populasi lelakinya.

Azerbaijan, yang juga mengumumkan undang-undang tentera, berkata, respons ketenteraannya terhadap pengeboman Armenia dengan 1 keluarga dengan 5 ahli terbunuh dalam pengeboman tersebut.

Ia juga berkata, tentera mengawal 7 perkampungan.

Nagorno-Karabakh pada mulanya menafikan kenyataan tersebut tetapi kemudiannya mengakui hilang “beberapa kedudukan” dan mengalami korban beberapa orang awam tanpa memberi butiran lanjut.

Pertembungan itu mencetuskan usaha diplomatik bagi menenangkan ketegangan baru antara Armenia yang majoritinya Kristian dan Azerbaijan yang majoritinya Muslim.

Rusia menggesa gencatan senjata dan kuasa besar serantau yang lain, Turki, berkata, ia akan menyokong Azerbaijan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.