11 dipenjara seumur hidup atas kebakaran hotel di Turki

11 dipenjara seumur hidup atas kebakaran hotel di Turki

Kebakaran Hotel Grand Kartal di pusat peranginan ski wilayah Bolu pada 21 Jan lalu meragut 78 nyawa dan mencederakan 137 yang lain.

jail penjara
Pemilik Hotel Grand Kartal Halit Ergul, isterinya, dua anak mereka, pengurus hotel, seorang timbalan datuk bandar dan ketua bomba dipenjara seumur hidup susulan kebakaran Januari lalu. (Gambar Reuters)
ISTANBUL:
Sebuah mahkamah di Turki pada Jumaat menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap 11 individu, termasuk pemilik hotel dan beberapa pegawai tempatan selepas didapati bersalah atas kecuaian menyebabkan kebakaran di sebuah hotel peranginan ski yang meragut 78 nyawa di wilayah Bolu Januari lalu.

Mahkamah mendapati pemilik Hotel Grand Kartal, Halit Ergul, isterinya, dua anak perempuan mereka, pengurus hotel, seorang timbalan datuk bandar dan seorang timbalan ketua bomba bersalah atas kecuaian dengan kemungkinan niat menyebabkan kematian.

Mereka dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas kematian 34 kanak-kanak dan tambahan 25 tahun penjara kerana menyebabkan kematian 44 orang dewasa dalam kebakaran itu.

Defendan menafikan pertuduhan itu dan dijangka memfailkan rayuan terhadap keputusan berkenaan.

Secara keseluruhan, perbicaraan itu membabitkan 32 tertuduh.

Selain 11 yang dijatuhkan hukuman seumur hidup, 18 individu lain, kebanyakannya pekerja hotel dihukum penjara 12 hingga 22 tahun, manakala tiga lagi dibebaskan mahkamah, lapor media tempatan.

Hotel Grand Kartal setinggi 12 tingkat di pusat peranginan ski Bolu terbakar ketika musim cuti sekolah musim sejuk pada 21 Jan lalu. Kebakaran itu mengorbankan 78 mangsa dan mencederakan 137 yang lain.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.