Halang bakteria, elak 3 habit ini!

Halang bakteria, elak 3 habit ini!

Jangan undang kuman dan bakteria hanya kerana sifat buruk anda.

Basuh cadar seminggu sekali atau dua minggu sekali. (Gambar dari Rawpixel)

Tahukah anda, hanya dengan tiga perangai buruk anda boleh menyumbang kepada pertumbuhan bakteria di dalam rumah. Cuba jauhi tiga habit ini:

1. Tidak menukar dan membasuh cadar selalu

Cadar sebenarnya harus ditukar dan dibasuh setiap minggu. Ini kerana keadaan katil dan cadar yang lembap boleh menjadikan ia sebagai tempat pembiakan kuman dan virus.

Tukar dan basuk cadar anda selalu untuk mendapatkan hidup yang lebih sihat.

Mikroorganisma suka pada daging mentah yang ditinggalkan di dalam suhu bilik. (Gambar dari Rawpixel)

2. Menyahfros atau mencairbekukan daging di atas meja dapur

Kuman memang suka hidup di dalam suhu bilik. Meninggalkan daging beku di atas meja dapur untuk menyahfros akan menyebabkan berjuta-juta kuman mengerumuninya.

Ini akan menyumbang kepada keracunan makanan, cirit-birit, muntah dan penyakit lain. Adalah lebih baik untuk mencairbekukan daging atau ayam di dalam peti sejuk semalaman.

Para penyelidik juga telah menemui sumber mengatakan koronavirus boleh hidup di atas permukaan meja di dapur selama tujuh jam atau sehari. Jadi, pastikan anda mensanitasikan permukaan meja di dapur setiap hari.

Barangan pencuci boleh mengandungi kimikal merbahaya jadi ia harus digunakan dengan berhati-hati (Gambar dari Rawpixel)

3. Menggunakan terlalu banyak barangan pembersih

Menggunakan semburan pembersih atau sabun pencuci dengan jumlah yang tidak sepatutnya boleh menyumbang kepada pembinaan kimikal di atas permukaan sekaligus menjadikan ia harus dibersihkan selalu.

Malah, kebanyakan orang juga suka membersihkan barangan mereka dengan pembersih berbau tiruan tetapi sebenarnya, bernafas di dalam bahan-bahan kimikal setiap hari akan merosakkan sistem pernafasan anda.

Artikel ini telah diterbitkan pertama kali di kaodim.com

Salah satu platfom perkhidmatan tempatan yang sedang berkembang maju di Asia Tenggara. Kaodim menghubungkan pengguna kepada penyedia perkhidmatan tempatan persendirian dan profesional – dengan pantas dan bebas gangguan. Dengan aplikasi Kaodim, pengguna boleh mengakses kepada perkhidmatan profesional untuk pengubahsuaian rumah, pembersihan pejabat dan banyak lagi.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.