Kuala Sepetang, perkampungan nelayan bersejarah di Perak

Kuala Sepetang, perkampungan nelayan bersejarah di Perak

Kuala Sepetang merupakan perkampungan nelayan yang sibuk dan terkenal di Perak.

Yang tinggal di landasan keretapi Port Weld adalah papan tanda lama dan pejabat jualan tiket. (Gambar Thrifty Traveller)

Kuala Sepetang, yang juga dikenali sebagai Port Weld terletak 12km dari bandar Taiping. Ia merupakan perkampungan nelayan yang sibuk di Perak. Dahulu, ia merupakan pelabuhan utama untuk aktiviti mengeksport bijih timah.

Kemudian, pelabuhan ini tidak digunakan lagi apabila landasan keretapi dari Taiping siap pada tahun 1885. Kos keseluruhan pembinaan landasan adalah berjumlah £7,000.

Landasan tersebut juga digunakan oleh pekerja lombong untuk ke tempat kerja dan menjadi jalan utama pada waktu itu. Namun, ia kemudian dimusnahkan pada 1980-an untuk pembinaan jalan raya.

Yang tinggal di landasan hanyalah papan tanda dengan tulisan Tamil, Jawi, Cina dan Inggeris juga pejabat jualan tiket.

Bot kecil membawa penumpang melintasi sungai. (Gambar Thrifty Traveller)

Sesuatu yang unik bila melihat rumah kayu yang dibina di atas kaki bajang di dalam sungai menggunakan bot kecil sebagai pengangkutan kerana tiada jambatan atau jalan untuk menghubungkan laluan ke atas darat.

Kampung yang kaya dengan warisan ini juga tampak hilang keindahan sejarahnya bila mana pelbagai pembangunan telah dibina di sini.

Antaranya ladang burung swiflet sedikit sebanyak telah mengubah karektar tempat ini. Begitu juga dengan perkampungan nelayan yang telah diganti dengan gudang burung swiflet.

Hutan bakau Kuala Sepetang juga adalah sebahagian daripada Hutan Simpan Bakau Matang yang dikenali sebagai kawasan pemuliharaan bakau.

Kilang pengeluar arang dari pokok bakau. (Gambar Thrifty Traveller)

Malah, kerana itulah ia terkenal sebagai pusat pengeluaran arang terbaik di Asia. Perusahaan arang ini diusahakan dari perniagaan turun-temurun. Arang yang diperbuat dari kayu bakau adalah berkualiti tinggi

Selain itu, eko pelancongan Kuala Sepetang didorong oleh aktiviti rekreasi berasaskan alam semulajadi seperti melihat helang dan ikan lumba – lumba.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.