Kumpulan persoal notis singkat pertemuan mengenai hutan simpan Kuala Langat

Kumpulan persoal notis singkat pertemuan mengenai hutan simpan Kuala Langat

Ia juga berkata lokasi di mana dialog awam itu dianjurkan menyukarkan Orang Asli menghadirinya.

Orang Asli bantah cadangan menyahwarta Hutan Simpan Kuala Langat Utara di Selangor.
PETALING JAYA:
Gabungan NGO alam sekitar menggesa kerajaan Selangor menjadualkan semula pendengaran awam yang dicadangkan untuk menyahwarta Hutan Simpan Kuala Langat Utara, mengatakan pihak berkuasa gagal memberikan masa secukupnya untuk membuat persediaan untuk pertemuan itu.

Mereka juga berkata lokasi di mana dialog awam itu dianjurkan menyukarkan Orang Asli menghadirinya.

Gabungan Melindungi Hutan Negeri Selangor berkata untuk menyahwartakan hutan simpan di negeri itu, Akta Perhutanan Negara dan peraturan Selangor berkaitan inkuiri awam menyatakan suatu proses inkuiri rasmi mesti adakan dan disusuli dengan suatu proses bantahan untuk melihat dan mempertimbangkan semua pandangan pemegang taruh.

“Ahli kami hanya terima surat undangan ke sesi ‘town hall’ daripada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) pada 23 Sept.

“Ada juga beberapa ahli tidak terima surat undangan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, sesi pendengaran awam itu dirancang diadakan pada 8 pagi 29 Sept di Pulau Carey.

Ia akan dipengurusikan Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian.

Pengarah Pusat Alam Sekitar Global (GEC), Faizal Parish berkata undangan itu hanya memberikan masa beberapa hari sahaja untuk membuat persiapan untuk sesi pendengaran awam itu.

“Komuniti Orang Asli masih belum terima surat undangan, sedangkan sepatutnya mereka dimaklumkan lebih awal.

“Selain hal notis singkat ini, tempat pendengaran di adakan di luar Mukim Tanjung 12, yang kira-kira 1 jam perjalanan daripada hutan simpan dan pilihan pengangkutan yang sangat terhad,” kata Faizal.

Beliau berkata hal-hal ini bertentangan dengan tujuan menganjurkan pendengaran awam dan mengekang komuniti terkesan, terutama Orang Asli Temuan tempatan, menyertai proses “town hall” itu.

Leela Panikkar, daripada Treat Every Environment Special (Trees), berkata gabungan tersebut mengumpulkan dan menghantar 43,502 bantahan bertulis bagi mendesak tarikh dijadualkan semula supaya mereka mempunyai masa cukupnya untuk membuat persiapan.

Ia juga menggesa kerajaan negeri menukar tempat pendengaran untuk kemudahan komuniti Orang Asli, pemegang taruh, dan ahli gabungan.

Penyahwartaan tersebut melibatkan 931 hektar Hutan Simpan Kuala Langat Utara. Komuniti Orang Asli dari 4 perkampungan bersebelahan hutan simpan itu juga pernah menyerahkan bantahan kepada cadangan itu.

Gabungan itu juga berkata hutan simpan tersebut mempunyai kepentingan kepada negara. Selain mudah terjejas, hutan itu juga tempat tinggal dan budaya komuniti Orang Asli yang beratus tahun menetap di situ, seawal 1886 menurut bukti bergambar.

Katanya, menyahwartakan tanah itu merampas hak mereka untuk memanfaatkan hutan tersebut, yang termaktub dalam notis pewartaan hutan simpan 1927.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.