
Mesti ramai antara kita yang suka makan tauhu kan?
Sedap bila buat masak dengan sayur, sup, mee goreng, dan kalau dapat buat tauhu sumbat pun best.
Tapi kalau anda perasan, tauhu jika sudah dibeli tidak boleh hendak simpan lama.
Kalau kita terlupa nak masak, 2-3 hari pun boleh rosak dan berkulat.
Jadi apa kata kita cuba tip simpan tauhu tahan lama oleh Teratak Hijab Labuh ini. Lebih seminggu pun masih elok.
1. Rebus
Mula-mula kita rebus dulu tauhu.
2. Biarkan sejuk
Bila dah siap rebus, angkat / toskan biarkan sejuk dulu.
3. Simpan dalam peti sejuk
Kemudian simpan dalam peti sejuk seperti biasa. Tak perlu rendam dalam air pun.
Bila buat macam ini, tauhu boleh tahan sampai seminggu lebih dalam peti sejuk.
Jadi lepas ini bolehlah kita cuba petua simpan tauhu tahan lama ini.
Mungkin ramai lagi yang belum tahu dan mengalami masalah yang sama dengan saya.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]