Kemuka senarai projek, penerima tender, kata Dr M

Kemuka senarai projek, penerima tender, kata Dr M

Senarai projek itu perlu diumum bersama nama mereka yang mendapat kelulusan.

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata keikhlasan menteri kewangan dalam perkara itu amat dialu-alukan dan rakyat berhak mendapat maklumat penuh mengenainya.
PETALING JAYA:
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mencabar Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz menyenaraikan 101 projek bernilai RM6.61 bilion bersama individu yang mendapat kelulusan menerusi rundingan terus itu.

“Malangnya Tengku Zafrul tidak menyenaraikan secara terperinci projek tersebut. Untuk memastikan prinsip ketelusan diamalkan, saya menyeru supaya senarai projek tersebut diumumkan bersama dengan nama mereka yang dapat kelulusan tidak kira siapa mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bekas perdana menteri itu berkata, keikhlasan menteri kewangan dalam perkara berkenaan amat dialu-alukan dan rakyat berhak mendapat maklumat penuh mengenainya.

Semalam, Tengku Zafrul melaporkan kepada Dewan Rakyat terdapat 101 projek dianugerahkan secara rundingan terus oleh pentadbiran lepas, mencetuskan gempar dalam kalangan ahli Parlimen.

Pakatan Harapan (PH) hari ini mencabar kerajaan mendedahkan 101 projek itu termasuk syarikat mana berjaya mendapat tender, kroni siapa yang dapat, serta menteri mana yang memohon kelulusan rundingan terus.

PAS turut menggesa kerajaan menyenaraikan semua projek runding terus yang diluluskan, termasuk kos projek dan kontraktor yang memperolehinya untuk tatapan umum.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.