Polis akan jumpa SPR perhalusi penugasan PRN

Polis akan jumpa SPR perhalusi penugasan PRN

Pesuruhjaya Polis Negeri Hazani Ghazali penugasan harus diperhalusi selaras norma baharu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Hazani Ghazali (kanan) bertemu Ketua Menteri Shafie Apdal di pusat pentadbiran negeri hari ini. (Gambar Jabatan Ketua Menteri Sabah)
KOTA KINABALU:
Polis akan mengadakan perjumpaan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memperhalusi penugasan pada Pilihan Raya Negeri Sabah, selaras norma baharu akibat penularan Covid-19.

“Selain mendapatkan taklimat daripada SPR, kita juga akan memperhalusi segala penugasan mengikut SOP yang ditetapkan,” kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Hazani Ghazali, kepada pemberita selepas bertemu Ketua Menteri Shafie Apdal di pusat pentadbiran negeri hari ini.

Polis Sabah juga akan mendapatkan bantuan polis Semenanjung dan Sarawak sepanjang PRN.

Mengenai perjumpaan dengan Shafie, Hazani berkata ia tentang misi dan visi beliau selaku pesuruhjaya baharu.

“Saya tekankan mengenai integriti pegawai dan anggota di seluruh Sabah. Saya mahu pastikan semua anggota dan pegawai polis bersikap jujur, amanah, dan memberi layanan yang baik kepada masyarakat.

“Selain itu misi dan visi saya adalah membanteras aktiviti penyeludupan, jenayah bersindiket, dadah, dan perjudian di negeri ini,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.