Liga M kekal tanpa penonton, kata Ismail

Liga M kekal tanpa penonton, kata Ismail

Beliau berkata keputusan itu diambil selepas mengambil kira nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Saingan Liga Super akan kembali bersambung pada 26 Ogos ini manakala Piala Malaysia bermula pada 17-18 Oktober. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Liga Malaysia (Liga M) yang dijadualkan bermula pada 26 Ogos ini kekal berlangsung tanpa kehadiran penonton.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu diambil selepas mengambil kira nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Pihak penganjur juga perlu memastikan semua garis panduan yang ditetapkan dipatuhi,” katanya hari ini.

Sebelum ini, kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM memberi lampu hijau bagi acara sukan berkontak dimainkan termasuk Liga M yang ditangguhkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sejak Mac lalu.

Saingan Liga Super akan kembali bersambung pada 26 Ogos ini manakala Piala Malaysia bermula pada 17-18 Oktober.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.