
Timbalan Menteri Lukanisman Awang Sauni berkata, vaksin sebenarnya memberikan perlindungan kepada penerima daripada virus itu.
“Maka, jika terdapat dakwaan vaksin Covid-19 memudaratkan pesakit (Covid-19), (KKM) sedia untuk menerima laporan tersebut dan akan memeriksa,” katanya dalam sesi jawab lisan di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab pertanyaan Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) yang meminta KKM menyatakan kesan panjang pengambilan vaksin.
Bekas perdana menteri berkata, terdapat khabar angin daripada golongan antivaksin menyatakan pengambilannya menyebabkan kesan sampingan.
Dalam pada itu, Lukanisman berkata kesan jangka panjang vaksin masih dalam peringkat kajian.
Beliau berkata, buat masa ini pihaknya tidak dapat memberikan secara spesifik penyakit yang dikait rapat dengan kesan vaksin.
“Setakat ini kerajaan meneliti kajian tersebut,” katanya.