Eksperimen buktikan bagaimana virus mudah tersebar tanpa disedari!

Eksperimen buktikan bagaimana virus mudah tersebar tanpa disedari!

Sentiasa amalkan kebersihan dengan basuh tangan, pakai pelitup mulut.

Eksperimen menunjukkan bagaimana kuman tersebut melekat dengan menggunakan cahaya hitam.

Sebuah video dari Jepun menjadi viral dan mendapat perhatian ramai.

Video tersebut memaparkan bagaimana virus dan kuman boleh merebak dalam restoran hanya dengan seorang sahaja yang dijangkiti.

Eskperimen itu menggunakan sebuah restoran buffet di atas kapal cruise.

Ia dijalankan oleh sebuah organisasi penyiaran awam NHK.

Video tersebut menunjukkan 10 orang hadir ke restoran tersebut dan seorang dijangkiti dengan penyakit.

Sejenis cecair “fluorescent” yang hanya boleh dilihat melalui lampu gelap disapu pada setiap tangan peserta bagi menggambarkan kuman dari batuk dan bersin.

Kemudian, setiap peserta dilepaskan dan menikmati buffet mereka seperti biasa.

Dihujung video, para peserta ditunjukkan bagaimana kuman tersebut melekat dengan menggunakan cahaya hitam.

Keputusan menunjukkan kuman berada dan merebak di merata tempat seperti makanan, cutlery, pinggan dan pada wajah peserta.

Inilah realiti yang kita perlu terima dan atas dasar itulah kita semua digalakkan untuk sentiasa membasuh tangan dengan sabun dan menggunakan hand sanitizer.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.