
Menguap adalah satu refleks penyedutan udara dan perengangan gegendang telinga, diikuti oleh penghembusan nafas.
Ia biasa berlaku apabila anda terasa penat, stres, kerja berlebihan, kebosanan dan mengantuk.
Bagaimanapun, menurut Public Health aktiviti menguap ini boleh mendatangkan bahaya, lagi-lagi apabila ia disertakan dengan bunyi “tuk”, yang berkemungkinan menunjukkan tulang rahang terkehel.
Rahang terkehel ini berlaku apabila sendi dalam bahagian mulut terkeluar daripada soketnya, akibat daripada menguap yang terlampau besar, makan melebihi kemampuan mulut, atau ketika muntah teruk dan semasa prosedur dental.

Individu yang mengalami masalah rahang terkehel ini dinasihatkan untuk ke bahagian kecemasan di hospital berdekatan.
Doktor atau pegawai bertugas akan mengembalikan rahang anda ke kedudukan asal.
Adalah lebih baik jika anda mengelakkan ini daripada berlaku dengan mengamalkan tutup mulut semasa menguap, tidak membuka mulut dengan luas, serta makan pada kuantiti yang mencukupi dan tidak berlebih-lebihan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]