
Seluruh dunia ketika ini masih lagi dalam usaha memerangi penularan wabak Covid-19.
Selain mengamalkan norma baru kehidupan, masyarakat juga sentiasa mengingati antara satu sama lain supaya menjaga mengamalkan kebersihan dan elak daripada berkumpul beramai-ramai.
Sehubungan itu Alam Flora menyahut seruan kerajaan dengan mengambil langkah proaktif serta selamat dalam menyambung usaha membudayakan amalan 3R- Reduce, Reuse, Recycle di kalangan masyarakat dengan menganjurkan “Pertandingan Reka Fesyen Waste Is Amaze 2020” yang dilaksanakan secara dalam talian buat julung kalinya.
Pertandingan itu disiarkan secara langsung menerusi platform media sosial di Facebook dan Instagram.
Bertemakan “Plastic Couture”, pertandingan yang memasuki tahun ke-8 ini disertai 20 pereka amatur dari seluruh negara.
Pemilihan tema pada tahun ini pula sejajar dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat penggunaan “No Single-Use Plastic” yang semakin meningkat dan menjadi penyumbang utama serta mengancam hidupan lautan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Mohd Zain Hassan, pertandingan seperti ini bukan sahaja menarik perhatian ramai peserta golongan muda untuk bertanding, malah ia juga melahirkan bakat-bakat baru dalam bidang rekaan fesyen, terutamanya fesyen busana daripada bahan-bahan kitar semula.
Ini secara tidak langsung memberi impak yang positif kepada industri fesyen tanahair.
Program ini juga selari dengan “Matlamat Pembangunan Lestari” yang bukan hanya memfokuskan agenda alam sekitar, malah ianya juga menyentuh tentang kesejahteraan komuniti.
Daripada lebih 100 penyertaan yang diterima tahun ini terdiri daripada peserta pelbagai latar belakang termasuklah pelajar-pelajar kolej, guru sekolah, pensyarah, eksekutif dan tidak ketinggalan suri rumah.

Pemenang pertama pertandingan ini membawa pulang wang tunai RM1,000 serta 1,000 mata ganjaran Petronas Mesra dan e-sijil penyertaaan.
Manakala pemenang kedua pula menerima wang tunai RM500, 500 mata ganjaran Petronas Mesra dan e-sijil penyertaan dan tempat ketiga wang tunai RM300, 300 mata ganjaran Petronas Mesra dan e-sijil penyertaan.
Manakala pemenang tempat ke-4 hingga ke-20 akan menerima 200 mata ganjaran Petronas Mesra dan e-sijil penyertaan.
Media sosial terbaik pula akan menerima 500 mata ganjaran Petronas Mesra dan e-sijil penyertaan.
Berikut senarai pemenang pertandingan tahun ini:
1. Norfarizan Jawahir – Juara
2. Muhammad Hafiz Zakaria – Tempat Kedua
3. Mohammad Izzwan Abdul Rahman – Tempat Ketiga
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]