Grafik satira ‘House Of Balak’, Fahmi Reza ‘menghadap’ Bukit Aman esok

Grafik satira ‘House Of Balak’, Fahmi Reza ‘menghadap’ Bukit Aman esok

Pereka grafik dan aktivis itu berkata polis sudah membuka kertas siasatan baharu terhadapnya bawah Akta Hasutan.

Fahmi Reza berkata, dia akan disoal siasat di Bukit Aman esok berkaitan grafik satira ‘House Of Balak’.
PETALING JAYA:
Aktivis kontroversi Fahmi Reza berkata, dia akan disoal siasat di Bukit Aman esok berkaitan grafik satira “House Of Balak” yang dimuat naik di laman sosialnya.

Katanya, polis sudah membuka kertas siasatan baharu terhadapnya di bawah Akta Hasutan.

“Polis dah buka kertas siasatan baru terhadap aku bawah Akta Hasutan dan #AktaSakitHati kerana grafik satira pertama yang aku muat naik tahun ni pasal #HouseOfBalak.

“Macam biasa aku dipanggil untuk disoal siasat esok, kali ni di Bukit Aman. Kita jumpa esok,” kata pereka grafik itu.

Grafik satira “House Of Balak” itu dimuat naik di akaun media sosialnya pada 3 Jan lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.