Bayar tunggakan gaji sebelum tawar VSS baru, Nufam beritahu Malindo Air

Bayar tunggakan gaji sebelum tawar VSS baru, Nufam beritahu Malindo Air

Nufam berkata, ia menerima banyak aduan daripada kakitangan Malindo Air yang belum dibayar gaji sejak Februari lalu.

PETALING JAYA: Kumpulan mewakili kakitangan syarikat penerbangan, Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (Nufam) menggesa Malindo Air membayar tunggakan gaji kira-kira 100 kakitangannya sebelum menawarkan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) baru, susulan memo dalaman berhubung perkara itu yang didakwa dikeluarkan pada 29 Mei lalu.

Nufam dalam kenyataan hari ini berkata, ia menerima banyak aduan daripada kakitangan yang berhenti kerja sebelum perintah kawalan pergerakan dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

Ia mendakwa ada pekerja yang kontrak mereka hanya akan tamat pada 2023, tetapi dihentikan atas alasan penularan Covid-19.

“Malindo harus melangsaikan hutang pekerja ini sebelum meneruskan VSS (baru).

“Nufam menerima banyak aduan daripada pekerja ini yang masih belum dibayar gaji sejak Februari.”

Nufam berkata, Jabatan Tenaga Kerja tidak patut meluluskan sebarang permohonan VSS baru sehingga Malindo melangsaikan tunggakan gaji kakitangannya.

FMT sudah menghubungi Malindo Air dan sedang menunggu respons serta pengesahan memo yang didakwa mengumumkan VSS baru itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.