
Tidak semua negara diberi bantuan disaat negara sedang berdepan dengan wabak Covid-19 sehingga terpaksa melakukan perintah berkurung menyebabkan ramai yang hilang punca pendapatan.
Malaysia boleh dianggap bertuah kerana banyak bantuan yang disalurkan oleh kerajaan selain bantuan daripada individu yang berkemampuan.
Namun lain pula cerita di Indonesia apabila seorang lelaki dari Klaten yang ceritanya heboh kerana dia mahu menjual buah pinggang bagi meneruskan hidup.
Nama lelaki itu Frans Larry Oktavianus, dia dilaporkan nekad untuk menjual buah pinggangnya selepas kehilangan punca pendapatan.
Lebih pilu, Larry sanggup berjalan sehingga 100km sambil membawa kadbod yang tertera tujuannya untuk menjual buah pinggang bagi menyara 4 anaknya.
Masyarakat setempat ternyata terkejut dengan tindakan Larry, malah salah seorang penduduk di Dusun Karangasem, Ngering Jogonalan tidak menyangka kawannya, Larry sangat tekad dengan keputusannya itu.
Bagi Ketua Desa RW 4 Ngering, Kabupaten Jogonalan, Heru Utomo menjelaskan Larry mempunyai 4 orang anak dan semuanya masih kecil.
“Terdapat 4 kanak-kanak yang masih kecil. Sebenarnya masih ada bayi dan yang terbesar adalah sekolah menengah kelas tiga.”
Tambah Heru, Larry bukan berasal dari Klaten, dia sebenarnya berasal dari Jakarta, tetapi berkahwin dengan seorang wanita tempatan dan kemudian memilih untuk tinggal di kampung ini bersama isteri dan anak-anaknya.
Sebelum ini Larry bekerja sebagai seorang pencuci kereta dan motosikal di bandar Yogyakarta, wilayah tengah di pulau Jawa Indonesia, isterinya pula seorang suri rumah.
Menurut Heru keluarga Larry sebenarnya sudah dipertimbangkan oleh penduduk dan pemerintah untuk mendapat berbagai bantuan, termasuk Kartu Sehat Indonesia (KIS) dan Program Harapan Keluarga (PKH).
Disebabkan bantuannya masih belum sampai dan Larry pula buntu untuk mencari wang bagi menyara keluarga.
Jadi ini sahaja pilihan terakhir yang dia ada, dengan menjual buah pinggang.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]