Polis jejak 3,800 anggota tabligh belum jalani saringan Covid-19

Polis jejak 3,800 anggota tabligh belum jalani saringan Covid-19

14 kematian akibat Covid-19 direkodkan setakat ini dan 8 daripadanya daripada kluster himpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata, polis mempunyai senarai lengkap 3,800 anggota jemaah tabligh yang belum menjalani saringan Covid-19. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Polis hari ini mula menjejak baki kira-kira 3,800 anggota jemaah tabligh yang dikenal pasti seluruh negara yang masih belum menjalani ujian saringan Covid-19.

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata, polis sudah mempunyai senarai nama lengkap anggota jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Sri Petaling di sini, akhir bulan lepas.

“Lebih 3,800 anggota jemaah tabligh ini bukan sahaja rakyat Malaysia, tetapi juga terdiri daripada rakyat Rohingya dan pendatang tanpa izin.

“Mereka tidak perlu takut untuk tampil ke hospital menjalani ujian saringan walaupun tidak mempunyai pasport …yang penting mereka dapat diselamatkan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan sekatan jalan raya pada penugasan Op Joint Patrol Covid-19 PDRM ATM di Jalan Ampang, susulan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan.

Ismail turut menasihatkan anggota jemaah tabligh terbabit supaya tampil sebelum pollis mengesan mereka di kediaman masing-masing.

Setakat ini 14 kematian akibat Covid-19 direkodkan, dan daripada jumlah itu 8 daripadanya merupakan kluster perhimpunan tabligh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.