Suspek tembakan rambang di kafe shisha Jerman ditemui mati

Suspek tembakan rambang di kafe shisha Jerman ditemui mati

Polis berkata, suspek serangan itu ditemui mati di rumahnya di Hanau dan satu lagi mayat turut ditemui pihak berkuasa.

Seorang pegawai pasukan khas menyiapkan robot di luar sebuah rumah yang diserbu polis di Hanau, Jerman selepas tembakan rambang di 2 kafe shisha meragut 8 nyawa hari ini. (Gambar AP)
MOSCOW:
Suspek yang melepaskan tembakan rambang di bandar Hanau, barat Jerman ditemui mati di rumahnya pada Khamis, lapor agensi berita Sputnik memetik polis di tenggara Hessen.

Pada lewat Rabu, seorang lelaki tidak dikenali melepaskan tembakan di 2 kafe shisha di Hanau, menyebabkan 8 terbunuh dan 5 lagi parah.

“Suspek ditemui mati di rumahnya di Hanau, polis turut menemui satu lagi mayat. Siasatan sedang dijalankan, buat masa ini tiada petunjuk ada lebih ramai penyerang,” kata polis di Twitter.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.