500,000 ternakan ditakai akibat H5N1 di Jerman

500,000 ternakan ditakai akibat H5N1 di Jerman

Institut Friedrich Loeffler memaklumkan 30 kes wabak direkodkan di ladang ternakan dan 73 kes dikesan dalam kalangan burung liar sejak awal bulan lalu.

ayam chicken generic
Lebih 500,000 ekor ayam, itik, angsa dan ayam belanda ditakai sebagai langkah tindak balas susulan penularan wabak selesema burung di Jerman. (Gambar Envato Elements)
BERLIN:
Sebanyak setengah juta haiwan ternakan ditakai di Jerman susulan wabak selesema burung yang kian menular, menurut Institut Kesihatan Haiwan negara itu pada Isnin, lapor agensi berita Jerman dpa.

Institut Friedrich Loeffler (FLI) memaklumkan 30 kes wabak direkodkan di ladang ternakan dan 73 kes dikesan dalam kalangan burung liar sejak awal bulan lalu.

Lebih 500,000 ekor ayam, itik, angsa dan ayam belanda ditakai sebagai langkah tindak balas.

Beribu-ribu ternakan lain turut dimusnahkan di beberapa negeri selepas analisis FLI mengesahkan jangkitan virus selesema burung H5N1.

Burung liar yang berhijrah ke kawasan selatan dikenal pasti pembawa utama virus itu dan risiko jangkitan meningkat dengan ketara semasa musim penghijrahan burung pada musim luruh.

FLI menjelaskan angka dikeluarkan itu hanyalah gambaran semasa memandangkan keadaan berubah dengan pantas.

Sebanyak 23 kes sedang disiasat – 22 melibatkan burung liar dan satu di ladang ternakan.

“Lebih banyak kes dijangka dikesan,” kata jurucakap FLIA.

Di tengah-tengah kebimbangan terhadap kemungkinan kenaikan harga ayam dan telur di Jerman, semakin banyak gesaan dibuat agar haiwan ternakan diternak dalam reban tertutup bagi mengelakkan jangkitan daripada burung liar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.