
Sebanyak 48 ladang dilanda wabak itu sejak awal September lalu, kata Institut Friedrich Loeffler (FLI) yang bertanggungjawab memantau kesihatan haiwan.
Angka terkini menunjukkan selesema burung disahkan di tiga ladang lain sejak Khamis lalu.
Semua ternakan di ladang terjejas ditakai untuk mencegah virus merebak, membabitkan 525,000 haiwan setakat ini.
Jurucakap FLI menggesa orang ramai berhati-hati sambil memberi amaran kes boleh meningkat disebabkan sifat dinamik wabak.
Negeri Lower Saxony mencatatkan kes tertinggi setakat ini, dengan jangkitan disahkan di 17 ladang ternakan, disusuli negeri timur Brandenburg dengan lapan ladang terjejas dan enam ladang di Mecklenburg-Vorpommern.
Varian H5N1 disahkan secara rasmi dalam 248 bangkai burung liar, walaupun bilangan haiwan mati akibat wabak itu jauh lebih tinggi, kata FLI.