10 maut dalam kejadian tembakan di Pantai Bondi

10 maut dalam kejadian tembakan di Pantai Bondi

Polis percaya serangan telah dirancang selama beberapa bulan.

Australia Bondi Beach
Dalam kejadian tembakan di Pantai Bondi, Sydney, sekurang-kurangnya 2 lelaki dengan senjata api berkuasa tinggi lepas tembakan ke arah orang awam. (Gambar EPA Images)
MOSCOW:
Sepuluh orang terbunuh dalam satu kejadian tembakan di Pantai Bondi, Sydney, Australia semasa satu majlis Hanukkah Yahudi, lapor news.com.au pada Ahad, memetik sumber.

Polis percaya serangan itu telah dirancang selama beberapa bulan, menurut laporan itu.

Agensi Berita Xinhua, memetik Badan Penyiaran Australia (ABC), melaporkan sekurang-kurangnya 16 orang dibawa ke hospital, dengan lebih ramai dirawat di tempat kejadian.

Tambahnya, seorang penembak kedua antara mereka yang dibawa ke hospital, dan sekurang-kurangnya dua pegawai polis juga cedera. Polis turut mengesahkan dua orang kini dalam tahanan.

Kejadian tembakan berlaku sekitar 6.40 petang waktu tempatan apabila sekurang-kurangnya dua lelaki berbekalkan senjata api berkuasa tinggi melepaskan tembakan ke arah sekumpulan orang awam.

Amaran dikeluarkan polis sejurus sebelum 7 malam, menasihati orang ramai supaya menjauhkan diri daripada kawasan, serta yang berada di lokasi agar mencari tempat yang selamat.

Rakaman video dan gambar dari tempat kejadian menunjukkan orang ramai melarikan diri dari pantai serta senjata api terletak di atas tanah.

Perdana Menteri Australia Anthony Albanese berkata dalam kenyataan, kejadian tersebut ‘mengejutkan’, manakala Premier NSW Chris Minns menggambarkan insiden itu sebagai amat menyedihkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.