7 pelajar Tingkatan 4 serang rakan sekolah ditahan

7 pelajar Tingkatan 4 serang rakan sekolah ditahan

Semua suspek ditahan di depan sekolah mereka kira-kira jam 10.25 pagi semalam.

Rakaman video menunjukkan sekumpulan remaja menyerang rakan sekelasnya di Taman Nelly, Inanam.
KOTA KINABALU:
Polis menahan 7 pelajar Tingkatan Empat yang menyerang rakan sekolah mereka di sebuah taman di Taman Nelly di Inanam.

Semua suspek ditahan di depan sekolah mereka kira-kira jam 10.25 pagi semalam.

Video serangan pada 5 Feb itu tular secara meluas di media sosial.

Sebatang kayu juga dilihat digunakan untuk memukul mangsa dalam video yang berdurasi 49 saat itu.

Mangsa, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun, membuat laporan polis sehari selepas serangan itu.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Habibi Majinji berkata 7 pelajar itu dibawa ke Balai Polis Karamunsing untuk disoal siasat.

“Kami masih menyiasat mengapa remaja itu menyerang rakan sekolah mereka. Menurut mangsa, dia tidak mempunyai masalah dengan semua suspek,” katanya.

Habibi berkata mangsa mengadu sakit pada leher dan kecederaan lain di badannya.

Polis menyiasat kes itu di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana rusuhan dengan senjata.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.