
Jabatan Perangkaan Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, pertumbuhan tahun ke tahun itu didorong oleh kenaikan dalam produk kelengkapan, pengangkutan & pembuatan Lain (7.7%), produk petroleum, kimia, getah & plastik (5.9%) dan produk peralatan elektrik & elektronik (2.7%).
Sepanjang bulan itu, jumlah pekerja dalam sektor perkilangan adalah sebanyak 1.09 juta, iaitu peningkatan 1.4% berbanding 1.07 juta pada tahun sebelumnya.
“Gaji dan upah yang dibayar berjumlah RM4.33 juta, naik sebanyak 4.2% berbanding tahun lepas.
“Nilai jualan bagi setiap pekerja meningkat 3.7% kepada RM69,757, manakala purata gaji dan upah setiap pekerja sebanyak RM3,970,” katanya.
Menurut jabatan itu, sepanjang 2019, nilai jualan sektor pembuatan merekodkan pertumbuhan sebanyak 5.0% kepada RM866.0 bilion.
Katanya, jumlah pekerja dalam tempoh tersebut meningkat sebanyak 1.4% kepada 1.09 juta, manakala gaji dan upah dibayar mencatatkan peningkatan 4.3% kepada RM48.4 bilion.
Nilai jualan setiap pekerja juga bertambah sebanyak 3.6%kepada RM794,065.