Inflasi naik 1.6% bulan lalu, kata DOSM

Inflasi naik 1.6% bulan lalu, kata DOSM

Ketua Perangkawan Mohd Uzir Mahidin berkata antara berlaku peningkatan kumpulan penjagaan diri, perlindungan sosial, dan pelbagai barangan dan perkhidmatan.

SARA BANTUAN 100
Ketua Perangkaan Mohd Uzir Mahidin, berkata pendidikan menokok 3.2%, perumahan, air, elektrik, gas, dan bahan api lain meningkat 1.2%, dan rekreasi, sukan dan budaya naik 0.9%.
KUALA LUMPUR:
Inflasi pada Januari lalu meningkat 1.6% dengan mata indeks meningkat kepada 135.7 mata daripada 133.6 pada bulan sama tahun lalu, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan, berkata ia didorong oleh empat kumpulan, didahului oleh penjagaan diri, perlindungan sosial, dan pelbagai barangan dan perkhidmatan yang meningkat 6.6%, berbanding 5.7% pada Disember 2025.

Ini diikuti oleh pendidikan yang menokok 3.2% (Disember 2025: 2.8%), perumahan, air, elektrik, gas, dan bahan api lain meningkat 1.2% (Disember 2025: 0.9%), dan rekreasi, sukan dan budaya naik 0.9% (Disember 2025: 0.8%).

Minuman beralkohol dan tembakau (2.5%) serta kumpulan makanan dan minuman (1.5%) mencatatkan kenaikan, peningkatan sama dicatatkan bulan sebelumnya, katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.