Koronavirus: Korea Selatan catat 1 lagi kes baru

Koronavirus: Korea Selatan catat 1 lagi kes baru

Korea Selatan setakat ini mencatatkan 24 kes jangkitan koronavirus melibatkan rakyatnya yang dibawa pulang dari Wuhan, China.

Sejak 3 Jan, seramai 1,130 orang rakyat Korea Selatan menjalani ujian untuk mengesan koronavirus, dengan 842 daripadanya didapati negatif, manakala 264 disyaki dijangkiti telah diasingkan. (Gambar AP)
SEOUL:
Korea Selatan pada Jumaat mengesahkan satu lagi kes jangkitan novel koronavirus, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 24, dengan kes terbaru melibatkan rakyat Korea Selatan yang dibawa pulang dari Wuhan minggu lalu, lapor agensi berita Yonhap.

Lelaki berusia 28 tahun itu yang dikuarantin di kemudahan di Asan, mengalami gejala sakit tekak, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC).

Pesakit itu kemudian dipindahkan ke hospital Seoul.

Sejak 3 Jan, seramai 1,130 orang menjalani ujian untuk mengesan virus itu, 842 daripadanya didapati negatif, manakala seramai 264 disyaki dijangkiti telah diasingkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.