27,000 wanita kecewa, Maezawa batal hasrat cari teman wanita ke angkasa

27,000 wanita kecewa, Maezawa batal hasrat cari teman wanita ke angkasa

Sepatutnya Maezawa membuat keputusan wanita mana yang bertuah untuk ikutnya ke angkasa akhir Mac depan.

Yusaku Maezawa batalkan hasratnya untuk cari teman wanita yang akan temannya ke angkasa lepas. (AFP)

Bilionair Jepun, Yusaku Maezawa membatalkan hasratnya untuk mencari teman wanita bagi menemaninya terbang ke angkasa dan menjadi penumpang pertama SpaceX Elon Musk.

Keputusan mengejut lelaki berusia 44 itu sekaligus menghampakan lebih 27,000 wanita yang sudah menghantar permohonan untuk mencuba nasib.

Daily Mail melaporkan Maezawa, 44, berkongsi penjelasan lanjut berhubung pembatalan itu menerusi Twitter.

“Atas sebab peribadi, saya memaklumkan Abema TV mengenai keputusan saya untuk tidak terbabit dengan dokumentari mencari jodoh itu.

“Oleh itu, saya minta rancangan itu dibatalkan. Saya sedar keputusan ini menghampakan ramai orang terutama mereka yang sudah menghantar permohonan, kakitangan serta seluruh tenaga produksi di Abema TV.

“Saya mohon maaf atas keputusan ini walaupun ia nampak seperti mementingkan diri,” katanya.

Sebelum ini, Maezawa bersetuju dengan idea mencari teman wanita kerana kesunyian dan usianya yang kian meningkat.

Maezawa menawarkan peluang keemasan itu selepas memuat naik iklan di Twitter miliknya dan dia sepatutnya membuat keputusan menjelang akhir Mac.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.