Bergaduh kerana teman wanita, 8 remaja ditahan

Bergaduh kerana teman wanita, 8 remaja ditahan

Ketua Polis Kota Belud Shahrudin Mat Husain menasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi dan menyebarkan video pergaduhan itu.

handcuff
Ketua Polis Kota Belud Shahrudin Mat Husain berkata lapan lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan menganggu ketenteraman awam. (Gambar Rawpixel)
PETALING JAYA:
Tujuh pelajar antara lapan remaja ditahan bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan di kawasan bulatan dekat Tamu Kota Belud, semalam.

Ketua Polis Kota Belud Shahrudin Mat Husain berkata semua lelaki berusia 14 hingga 18 tahun itu ditahan kira-kira 2 petang semalam susulan laporan diterima pada 1 pagi hari sama.

“Hasil siasatan lanjut mendapati pergaduhan berpunca daripada cemburu berkaitan teman wanita,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, tujuh pelajar dan seorang lagi yang tidak bersekolah ditahan di IPD Kota Belud bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan mengganggu ketenteraman awam.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi dan menyebarkan video kejadian itu.

Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan diminta ke IPD Kota Belud atau menghubungi pegawai kes ini, Railey Samiar di talian 016-8143490 untuk membantu siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.