Etnik Rohingya tikam teman wanita mahu pulang ke Indonesia

Etnik Rohingya tikam teman wanita mahu pulang ke Indonesia

Polis berkata, mangsa yang cedera di muka, bahu dan perut masih dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah.

Polis sedang memburu etnik Rohingya yang melarikan diri dengan motosikal SM Sport 110R. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:
Seorang warga Indonesia parah ditikam teman lelakinya di sebuah rumah di Taman ACBE, Jempol.

Ketua Polis Jempol Hoo Chang Hook berkata mangsa 40 tahun itu ditikam suspek etnik Rohingya berusia 38 tahun menggunakan sebilah pisau pada 3.30 petang tadi.

Beliau berkata, suspek yang membantah hasrat mangsa hendak pulang ke Indonesia, bertindak memukul sebelum menikamnya.

“Suspek kemudian melarikan diri dengan motosikal SM Sport 110R,” katanya menurut Harian Metro sambil menambah polis giat memburu lelaki itu.

Menurutnya, mangsa yang cedera di muka, bahu dan perut masih dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah di Kuala Pilah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Hoo meminta orang ramai mempunyai maklumat menghubungi balai polis berhampiran atau IPD Jempol di talian 06-4582222 atau pegawai penyiasat Ardie Robert 018-4666374.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.