
Memilih pengasuh atau guru untuk menjaga dan mendidik anak ketika anda bekerja bukan perkara mudah.
Ini kerana banyak kes penderaan berlaku dan pastinya ibu bapa mengharapkan ia tidak berlaku kepada anak mereka.
Namun anda tiada pilihan, kerana ramai ibu bapa yang akan menghantar anak tersebut atas dasar percaya kepada pengasuh atau guru tersebut.
Tetapi apa yang berlaku kepada seorang kanak-kanak, apabila perutnya dijadikan tempat menulis nota oleh guru bahawa anaknya kehabisan lampin pakai buang sangat tidak beretika.
“Mak, saya kehabisan lampin, tolong baca laporan saya,” tulis guru pada perut anaknya, Milo.

Ia ditulis menggunakan dakwat pen berwarna hijau dan tulisan tersebut sangat besar memenuhi ruang perut, malah ia sukar ditanggalkan meskipun dilap berkali-kali oleh ibunya, Heather menggunakan tisu basah.
Sudah pasti perkara itu menimbulkan kemarahan Heather dan perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku malah turut melabel tindakan pengasuh itu sebagai kurang ajar.
Perkara ini turut dimuat naik dalam laman sosial Facebook bagi mendapatkan pendapat dan pandangan daripada orang ramai.
“Jadi saya perlukan pendapat, patutkah saya marah dalam hal ini? Atau saya sahaja yang bertindak berlebihan? Saya benar-benar memerlukan pendapat anda semua,” tulisnya di dalam Facebook.
Menceritakan perkara itu, Heather berkata kebiasaannya mereka akan meletakkan laporan harian di dalam bekas makanan tentang 2 anaknya, iaitu Fin dan Milo.
“Mereka akan menulis bagaimana ‘mood’ mereka pada hari itu, pukul berapa mereka ditukarkan lampin dan jika mereka perlukan lampin atau tisu. Jadi saya rasa mereka ada tulis laporan itu yang mereka memerlukan lampin, namun saya yang tidak nampak,” ujarnya.
Bagaimanapun jika Heather terlupa atau tidak terbaca mesej tersebut, guru yang berada di situ boleh sahaja memberitahunya dengan lebih mudah, “Hey Heather, anak awak perlukan lampin dan mungkin awak tidak terbaca laporan itu” dan itulah cara yang selalu mereka gunakan seperti yang dilihat sebelum ini.
Namun kali ini guru tersebut bertindak untuk menconteng perut anaknya tanpa rasa bersalah.
Tambah Heather lagi, ia bukan perkara baru dilakukan kerana sebelum ini ia pernah berlaku.
Warganet yang membaca posting tersebut turut marah dengan tindakan guru tersebut dan meminta Heather untuk membuat laporan.
“Saya minta maaf, saya tak percaya bahawa ada ibu akan membiarkan sahaja jika anak mereka dibuat sebegitu rupa. Ia sangat tidak profesional, kebudak-budakkan dan tidak boleh diterima langsung!”
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]