Lebih 60 maut dalam serangan bunuh diri di Somalia

Lebih 60 maut dalam serangan bunuh diri di Somalia

Pegawai kerajaan Somalia berkata, pelajar sekolah dan penuntut universiti antara mangsa korban di sebuah pusat pemeriksaan keselamatan di Mogadishu.

Kenderaan lain turut rosak akibat pengeboman di Mogadishu yang meragut lebih 60 nyawa hari ini. (Gambar Reuters)
MOGADISHU:
Sekurang-kurangnya 61 maut selepas pengebom bunuh diri meletupkan sebuah trak di pusat pemeriksaan keselamatan di Mogadishu, Somalia pagi tadi, lapor agensi berita Anadolu.

Ketua perkhidmatan ambulans tempatan, Abdulkadir Adan berkata, mangsa termasuk orang awam dan tentera kerajaan.

Kejadian berlaku di persimpangan Ex-Control Afgoye di pinggir bandar barat daya Mogadishu pada waktu puncak.

“Pelajar sekolah dan penuntut universiti antara yang terbunuh dalam serangan itu,” kata jurucakap kerajaan Somalia, Ismail Mukhtar Orango yang menjangkakan angka korban terus meningkat.

Siasatan sedang dijalankan dan setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.