Anggota kumpulan Alleycats Frank Ong meninggal dunia kerana kanser

Anggota kumpulan Alleycats Frank Ong meninggal dunia kerana kanser

Frank Ong atau nama Islamnya Abdul Rashid Abdullah meninggalkan seorang isteri dan 3 anak.

Pemain bass kumpulan Alleycats Frank Ong meninggal dunia akibat kanser paru-paru.
PETALING JAYA:
Pemain bass kumpulan Alleycats, Frank Ong atau nama Islamnya Abdul Rashid Abdullah, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur Khamis lepas kerana kanser paru-paru.

Menurut laporan, Ong, 54 dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudathul Sakinah, Gombak dekat sini pada hari sama.

Allahyarham disahkan menghidap kanser pada Okt lepas dan kesihatannya dilaporkan mula merosot sejak akhir-akhir ini.

Ong meninggalkan seorang isteri Nor Askiah Abdul Wahab, 66 dan 3 anak, iaitu Jas Ong, 45, Hariz, 28 dan Myra, 24.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.