
Beliau yang hadir sebagai tetamu biasa dan duduk di tempat terbuka bagaimanapun enggan mengulas apa-apa mengenai kehadirannya hari ini.
Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 dianjurkan atas beberapa kebimbangan yang melanda umat Islam dan edisi tahun ini melampaui perbincangan dan perdebatan intelektual, kerana lebih memfokuskan kepada pencapaian objektif dan pelaksanaan.
Sidang 3 hari itu bakal menampilkan Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Pakistan Imran Khan dan Presiden Iran Hassan Rouhani.
Terdahulu, Naik membuat laporan polis di Shah Alam terhadap Kula Segaran, Ramasamy Santiago, Satees dan bekas duta Dennis Ignatius mendakwa mereka membuat kenyataan fitnah terhadapnya.
Naik juga dikehendaki oleh pihak berkuasa di India atas kesalahan pengubahan wang. Beliau diberikan status pemastautin tetap di Malaysia.