Nufam hidu skandal libatkan Scanda Sky

Nufam hidu skandal libatkan Scanda Sky

Scanda Sky yang kelihatan tidak berlesen untuk beroperasi sebagai syarikat penerbangan, dibenarkan mengangkut penumpang seolah-olah mempunyai permit.

Scanda Sky diarah menghentikan pemasaran perkhidmatan serta aktiviti pengiklanan yang menggambarkan ia syarikat penerbangan komersial.
PETALING JAYA:
Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (Nufam) meminta Kementerian Pengangkutan memastikan penguatkuasaan undang-undang penerbangan yang ketat untuk mengelakkan kontroversi seperti yang melibatkan Skanda Sky PLT.

Bercakap kepada FMT, Presiden Nufam, Ismail Nasaruddin berkata, ia adalah pelik bahawa Scanda Sky, yang kelihatan tidak berlesen untuk beroperasi sebagai syarikat penerbangan, dibenarkan mengangkut penumpang seolah-olah ia mempunyai permit yang diperlukan.

Katanya, beliau tertanya-tanya adakah syarikat itu mendapat bantuan daripada pihak tertentu dalam kerajaan.

“Tidak mudah memintas pihak berkuasa seperti Mavcom (Suruhanjaya Penerbangan Malaysia),” katanya.

Laporan Jumaat lalu Mavcom mengeluarkan surat amaran kepada Sky Scanda yang mengarahkan syarikat berkenaan menghentikan pemasaran perkhidmatan serta aktiviti pengiklanan yang menggambarkan ia sebuah syarikat penerbangan komersial.

Mavcom juga mengingatkan orang ramai berhati-hati bahawa Scanda Sky bukan pemegang Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) mahupun Permit Perkhidmatan Udara (ASP) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah Akta 771.

Scanda Sky sejak itu menjelaskan bahawa ia adalah syarikat penerbangan sewa dari syarikat penerbangan berlesen.

Ismail berkata syarikat itu masih memerlukan kelulusan Mavcom untuk menyewakan penerbangan kerana ia melibatkan penjualan tiket, mengangkut penumpang dan mempromosikan perkhidmatannya melalui iklan.

Katanya, kebimbangan utama beliau adalah keselamatan mereka di dalam pesawat.

“Satu perkara yang saya tidak gembira, tentu saja, adalah kita mempunyai kru kabin yang terlibat. Bagaimana jika ada sesuatu berlaku kepada mereka? Siapa yang sepatutnya bertanggungjawab?”

Beliau juga menyebut mengenai penurunan penarafan keselamatan udara Malaysia baru-baru ini oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA), mengatakan ia hanya salah satu daripada “begitu banyak isu” penerbangan Malaysia.

“Sesuatu tidak betul. Kementerian perlu melihat semua perkara ini sekali dan untuk semua,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.