
Dalam jawapan bertulis di Parlimen, Loke menyatakan tindakan itu diambil terhadap syarikat kenderaan perdagangan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya, aduan awam, serta gagal audit keselamatan.
Beliau berkata, Apad telah menggantung 61 lesen pengendali, 138 permit kenderaan, dan 139 lesen kenderaan daripada syarikat kenderaan perdagangan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya sepanjang tahun berkenaan.
Dalam tempoh sama, agensi terbabit turut membatalkan tiga lesen pengendali, 52 permit kenderaan, dan 14 lesen kenderaan berhubung isu sama.
Aduan awam juga mengakibatkan penggantungan 46 lesen pengendali, 90 permit kenderaan, dan 42 lesen kenderaan, manakala empat lesen pengendali dan sembilan permit kenderaan sudah dibatalkan.
Beliau berkata, APAD telah menggantung 61 lagi lesen pengendali berhubung kegagalan audit keselamatan.
Loke menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong), yang meminta perincian jumlah syarikat yang lesen pengendali dan permit kenderaannya digantung atau dibatalkan Apad, pada 2025.