
Tetapi, beliau berkata, cadangan itu hanya untuk aktiviti mendulang secara tradisional tanpa menggunakan jentera bagi menarik kedatangan pelancong dan penduduk luar Kelantan merasai pengalaman berbeza.
“Cadangan ini bukannya mahu menutup peluang penduduk Kelantan kepada aktiviti berkenaan, sebaliknya ia hanya tujuan pelancongan dan untuk memberi pengalaman kepada pelancong.
“Jangan fikir mereka mahu mendulang untuk mendapatkan sejumlah emas, sebaliknya mereka (pelancong) hanya mencuba dan merasai bagaimana kaedah mendulang secara tradisional, andai kata mereka mendapat emas, itu adalah rezeki terpijak buat pelancong,” katanya menurut Berita Harian.
Kamaruddin berkata, lesen itu mungkin hanya diberikan dalam jumlah tertentu supaya tidak mengganggu penduduk setempat.
“Ini cadangan yang saya kemukakan untuk aktiviti mendulang bagi aspek pelancongan, namun ia masih di peringkat perbincangan dan belum diputuskan.”
Jumlah pendulang di Hulu Kelantan meningkat 100% sejak seminggu lalu susulan pengumuman kerajaan negeri membenarkan aktiviti mendulang emas dengan syarat tertentu di tanah kerajaan negeri pada sidang DUN 10 Nov lalu.
Selain penduduk setempat, individu dari luar daerah dan Kelantan, termasuk Terengganu serta Pahang turut ke Hulu Kelantan semata-mata untuk mendulang emas.