Gara-gara telefon pintar, remaja dibakar rakan sendiri

Gara-gara telefon pintar, remaja dibakar rakan sendiri

Seorang remaja hampir mati apabila dibakar rakannya kerana bergaduh mengenai telefon pintar.

Jika terdapat beberapa perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hati pada seseorang, mereka akan mengambil tindakan yang kadang kala tidak masuk akal serta tidak munasabah.

Perkara itu akan berlaku apabila nafsu dan emosi telah mulai mengawal diri.

Maka sebab itu, ada sesetengah individu yang mengambil tindakan untuk membunuh diri kerana gagal dalam satu perkara yang dialaminya.

Seperti yang berlaku di Bangladesh, dua individu bertindak membakar rakannya gara-gara tidak puas hati kerana pembelian telefon pintar.

Mereka sebelum itu di katakan bertelingkah antara satu sama lain sehingga salah seorang daripadanya bertindak menyimbah minyak tanah kepada Md Mahfuz.

Akibat serangan yang berlaku di daerah Barisal, Dhaka, mangsa melecur 20% di beberapa bahagian badan termasuk tekak dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Sher-e-Bangla.

Kakak Mahfuz iaitu Kulsum Begum berkata, adiknya disimbah minyak tanah selepas terbabit dalam pertengkaran ketika melakukan urusan jual beli telefon bimbit berkenaan dengan rakannya.

“Adik dan dua rakannya bertemu di hadapan sebuah kedai runcit di Varanikandi, namun berlaku pertengkaran mulut antara mereka.

“Selepas itu adik saya disiram dengan minyak tanah. Mereka cuba membakarnya hidup-hidup sebelum melarikan diri,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis tempatan, Zahid Alam berkata, tiada tangkapan dibuat memandangkan mangsa tidak melaporkan kejadian berkenaan kepada pihaknya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.