Selepas empat tahun koma, akhirnya Stephen Willey diberi peluang untuk menyambut Hari Krismas pada tahun ini.

Menceritakan keadaan itu, media antarabangsa Mirror melaporkan yang dia sebelum ini diserang rakannya Nicholas Graham ketika sedang menunggu bas di Newcastle, England pada 23 Disember 2015.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 8 malam (waktu tempatan) dan dilaporkan Graham datang secara tiba-tiba dalam keadaan marah selepas bertengkar dengan bekas teman wanitanya.
Graham kemudiannya terus memukul Willey tanpa sebab sehingga mengalami kecederaan parah dan terpaksa menjalani pembedahan kecemasan.
Akibat daripada serangan itu, tengkoraknya retak dan dia mengalami kecederaan otak yang serius.

Selepas empat tahun, Willey akhirnya sedarkan diri dan mula belajar untuk berjalan, bercakap dan makan.
Menurut keluarganya, sambutan Krismas pada tahun ini lebih bermakna kerana mereka sekeluarga dapat berkumpul dan makan bersama terutamanya selepas Willey terlepas empat sambutan perayaan itu sepanjang dia jatuh sakit.

Sumber gambar : Newcastle Chronicle
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]