Melaka United jemput pegawai SPRM jadi exco

Melaka United jemput pegawai SPRM jadi exco

Langkah melantik pegawai SPRM sebagai exco bertujuan melindungi persatuan daripada gejala rasuah dan meningkatkan keyakinan penaja.

Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) Damian Yeo Shen Li mengharapkan kehadiran pegawai SPRM ke dalam persatuan itu dapat menangani gejala rasuah. (Gambar Bernama)
MELAKA:
Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) menjemput Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai exconya bagi melindungi persatuan itu daripada rasuah, sama ada di dalam atau luar padang.

Presiden MUSA Damian Yeo Shen Li berkata, beliau telah menulis surat kepada pengarah SPRM Melaka untuk melantik mana-mana pegawainya berada dalam persatuan itu sebagai exco sekali gus meningkatkan keyakinan penaja, selain mengelak gejala rasuah.

“…rundingan pemain atau pembekal tidak mengendahkan kepentingan masyarakat, memecat pemain tanpa mematuhi undang-undang, tiada tender terbuka, hanya rundingan terus.

“Tiada bajet atau terlebih bajet, dan kontrak yang menyebelahi satu pihak menjadikan persatuan semakin parah. Sebagai presiden, dan di bawah pemantauan saya, perkara sedemikian tidak akan berlaku lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yeo yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong dilantik sebagai presiden MUSA pada 1 Nov lepas selepas Ketua Menteri Melaka Adly Zahari meletak jawatan.

Dalam sidang akhbar pertama sebagai presiden, Yeo berjanji untuk memperbaiki kedudukan kewangan persatuan itu supaya dapat berada dalam kedudukan yang lebih kukuh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.