
Jumaat lalu, Media Prima Bhd memberi jaminan kepada semua pekerja yang terlibat dalam proses penyusunan semula akan menerima pakej pampasan adil dan saksama.
Kumpulan itu dalam satu kenyataan berkata, pakej pampasan itu akan mengikut keperluan undang-undang dan kesatuan, dengan semuanya dibayar sepenuhnya mengikut keperluan undang-undang.
Pusingan pertama rasionalisasi kakitangan dilakukan pada Nov tahun lepas apabila kumpulan itu memberi notis tiga bulan kepada 190 pekerja mengenai hasrat untuk memberhentikan mereka, selain menawarkan Skim Pemisahan Bersama (MSS) kepada 43 yang lain.
Sehingga 10.30 pagi tadi, saham Media Prima merosot 1 sen kepada 34.5 sen dengan 361,100 saham diniagakan.