Keuntungan merosot, Petronas kurangkan 10% tenaga kerja

Keuntungan merosot, Petronas kurangkan 10% tenaga kerja

Keuntungan Petronas merosot sebanyak 32% pada 2024, selepas mencatatkan penurunan 21% pada 2023.

Petronas President and Petronas Group CEO Tengku Muhammad Taufik Aziz
Presiden dan CEO kumpulan Petronas, Tengku Muhammad Taufik Aziz berkata syarikat akan membekukan kenaikan pangkat dan pengambilan pekerja baharu sehingga Disember 2026.
KUALA LUMPUR:
Petronas akan mengurangkan kira-kira 10% tenaga kerjanya menerusi penstrukturan semula secara menyeluruh, dalam usaha syarikat mengurangkan kos susulan kejatuhan harga minyak mentah dan ketidaktentuan pasaran yang menjejaskan keuntungannya.

Presiden dan CEO kumpulan Petronas, Tengku Muhammad Taufik Aziz dalam satu taklimat berkata syarikat minyak milik negara itu akan mengurangkan lebih 5,000 pekerja.

Beliau turut memaklumkan bahawa syarikat akan membekukan kenaikan pangkat dan pengambilan pekerja baharu sehingga Disember 2026.

Keuntungan Petronas merosot sebanyak 32% pada 2024, selepas mencatatkan penurunan 21% pada 2023.

Cabaran dijangka berterusan tahun ini, sebahagiannya disebabkan penurunan berterusan harga minyak mentah Brent.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.