Calon PH cabar pihak sebar fitnah buktikan sijil akademiknya palsu

Calon PH cabar pihak sebar fitnah buktikan sijil akademiknya palsu

Karmaine Sardini berkata, pihak yang memfitnahnya perlu menunjukkan bukti bagi menyokong dakwaan mereka.

Karmaine Sardini menasihatkan rakyat, khususnya pengundi di Tanjung Piai tidak mempercayai berita palsu yang disebarkan pihak luar.
KUKUP:
Calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini mencabar pihak yang menyebarkan fitnah mengenai kelayakan akademiknya supaya menunjukkan bukti beliau memiliki sijil palsu.

“Dia tuduh sijil akademik saya palsu dan mempersoalkan kelayakan saya bertanding, maka dia kena tampil buktikan kepada kita semua bahawa sijil saya palsu.

“Saya tak perlu membuktikannya, orang yang menyebarkan fitnah perlu buktikannya,” katanya semasa berucap di ceramah kelompok di Pusat Daerah Mengundi Penerok malam tadi.

Dalam biadota Karmaine tertulis beliau berkhidmat sebagai arkitek dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dari 1980 hingga 2000.

Ketua PPBM Bahagian Tanjung Piai itu berkata, perkhidmatannya dengan DBKL antara pengalaman dirinya sebagai arkitek, tetapi beliau hairan kenapa ia dipertikai dan disalah tafsir pihak luar.

Beliau menasihatkan rakyat, khususnya di Tanjung Piai tidak mempercayai berita palsu yang disebarkan.

“Rasanya benda macam ini kita kena berhati-hati dan media sosial memainkan peranan lebih penting memastikan orang tidak terpedaya dengan dakyah.

“Saya harap rakyat tengok betul-betul sahih atau tidak sesuatu isu yang diviralkan seseorang itu, maknanya buat macam itu, ia umpama langgar tatasusila sebagai manusia,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.