Undi bukan Melayu akan bantu PH pertahan Ledang, kata calon

Undi bukan Melayu akan bantu PH pertahan Ledang, kata calon

Parlimen Ledang menyaksikan pertandingan enam penjuru membabitkan PH, BN, PN, Pejuang dan dua calon bebas.

Syed Ibrahim Syed Noh (kanan) bersama Anwar Ibrahim (kiri) ketika berkempen di Taman Tangkak Jaya. (Gambar Facebook)
TANGKAK:
Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh yakin dapat mempertahankan kerusi itu pada PRU15 walaupun berdepan calon Barisan Nasional (BN), Hamim Samuri yang pernah memenangi kawasan berkenaan selama tiga penggal sejak 2004.

Beliau menyuarakan keyakinan itu, selepas mengambil kira majoriti pengundi bukan Melayu kembali memihak kepada PH.

“Calon BN Hamim, dia ada dia punya pengalaman, tapi dari segi khidmat kepada rakyat saya rasa kurang, saya nampak sokongan diberikan nanti bukan hanya Melayu, ada dari Cina dan India, di situ ada kelebihan sokongan bukan Melayu kepada kami (PH), saya rasa itu menjadikan kelebihan untuk saya.

“Sambutan pengundi sangat baik, ramai bukan Melayu 100% sokong,” katanya ketika ditemui di Pusat Jaja Taman Tangkak Jaya.

Walaupun yakin menang, beliau mengakui lima lagi calon bertanding termasuk Hamim mempunyai peluang menang.

“Saya percaya rakyat di bawah tahu tentang Hamim atau tentang saya berdasarkan rekod prestasi yang saya telah lakukan khidmat di sini, saya rasa ada kelebihan dan nampak ada sokongan kepada saya,” katanya.

Parlimen Ledang menyaksikan pertandingan enam penjuru membabitkan PH yang diwakili Syed Ibrahim, Hamim dari BN, Zaidi Ab Majid daripadaPerikatan Nasional (PN), Rafidah Ridwan daripada Pejuang dan Yunus Mustakim serta Zainal Bahrom A Kadir masing-masing Bebas.

Pada PRU lalu Syed Ibrahim menewaskan calon BN dan PAS dengan kelebihan 8,667 undi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.