
Beberapa tangkap layar yang tersebar di media sosial itu menunjukkan pelbagai “pakej” yang ditawarkan dengan harga berbeza.
Berdasarkan tawaran itu, orang ramai yang berminat boleh memilih untuk mendapatkan sijil vaksin berharga RM1,500 melalui aplikasi MySejahtera yang menggunakan akaun sendiri dan lengkap dengan kod QR boleh diimbas, caj RM400 pula dikenakan untuk sijil vaksin “klon” menggunakan identiti dan maklumat individu lain dan RM200 pula untuk kad vaksin palsu.
Kumpulan di Telegram yang mempunyai 280 ahli aktif itu juga dikesan pernah menjual Ivermectin, sejenis ubat anti parasit yang dikatakan boleh merawat Covid-19.
Jurucakap di Kementerian Kesihatan (KKM) memberitahu FMT bahawa pihaknya sedang menyiasat perkara itu.

Sebelum ini, KKM berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang cuba memalsukan sijil vaksin Covid-19 digital.
Kementerian itu percaya terdapat permintaan terhadap sijil vaksin palsu dari kalangan anti-vaksin serta mereka yang belum mendapatkan vaksin atas sebab-sebab tertentu.
Ramai pemilik premis juga perlu mendapatkan bukti kukuh daripada individu yang telah lengkap dua dos sebelum membenarkan pelanggan masuk ke dalam premis terbabit.