IPT tubuh kembali kesatuan pelajar selepas 40 tahun, UIAM ‘bayi sulung’

IPT tubuh kembali kesatuan pelajar selepas 40 tahun, UIAM ‘bayi sulung’

Kementerian Pendidikan menyasarkan untuk menubuhkan kesatuan pelajar di lima universiti awam pada tahun depan, kata Menteri Pendidikan.

Pengarah Pertubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Zairul Akmal (kanan) menyampaikan sijil pendaftaran kepada Presiden Kesatuan Pelajar UIAM, Ahmad Irham Dollah hari ini. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Kementerian Pendidikan menyasarkan untuk menubuhkan kesatuan pelajar di lima universiti awam pada tahun depan, kata Menteri Pendidikan Maszlee Malik.

Beliau berkata setakat ini kementerian menerima kerjasama dan sokongan yang sangat memberangsangkan daripada semua universiti awam bagi merealisasikan hasrat itu.

“Kalau boleh kami nak semua universiti sama ada awam atau swasta mempunyai kesatuan pelajar mereka,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan penubuhan Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini.

Maszlee berkata penubuhan kesatuan pelajar di universiti dapat melatih pelajar untuk menjadi lebih matang dalam mengendalikan diri sendiri serta memberikan mereka lebih pengalaman dalam menguruskan kesatuan, kewangan dan aktiviti mahasiswa.

“Kami harap penubuhan kesatuan pelajar yang bermula di UIAM ini akan diikuti oleh universiti-universiti lain selepas ini,” katanya.

Maszlee berkata kesatuan pelajar UIAM merupakan “bayi sulung” bagi kesatuan pelajar selepas terkubur kesatuan pelajar Universiti Malaya (UM) lebih 40 tahun lalu.

Sebagai penghargaan, kesatuan pelajar UIAM menerima dana RM100,000 secara one-off (bayaran sekali) daripada KPM selain turut menerima peruntukan tahunan RM170,000 dari UIAM untuk aktiviti pelajar dan operasi mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.