
PETALING JAYA: Di usia 41 tahun pemain boling negara, Shalin Zulkifli terus memperlihatkan semangat juang beliau.
Kerjayanya yang dikhuatiri akan pudar selepas dikecualikan dari skuad Kejohanan Dunia pada Ogos lalu, muncul pemenang pingat emas acara perseorangan wanita dalam Kejohanan Asia di Kuwait, semalam.
Juara dunia tiga kali ini memungut 1,498 pin untuk mendahului pemain Indonesia, Nadia Pramanik (1,492) pada hari pertama pertandingan di Bowling Sporting Club.
Gandingan Shalin, Sin Li Jane memenangi gangsa dengan kutipan 1,471 pin untuk melengkapkan podium.