Apa anda perlu lakukan bila gaji sedikit?

Apa anda perlu lakukan bila gaji sedikit?

Setiap orang perlu bijak dalam mengawal perbelanjaan supaya tidak buntu pada setiap pertengahan bulan.

Ramai yang mempunyai masalah yang sama iaitu tidak cukup berbelanja sehingga hujung bulan kerana dikatakan memperoleh pendapatan yang sedikit.

Namun begitu, anda masih lagi mempunyai cara untuk menguruskan kewangan anda dengan sederhana supaya “cukup makan” sehingga memperoleh gaji pada bulan berikutnya.

Bagaimanapun, anda seharusnya tidak boleh menghabiskan kesemuanya kerana perlu mempunyai simpanan untuk waktu kecemasan.

Apa yang anda harus lakukan adalah:

1. Simpan dulu baru belanja

Amalkan tabiat menyimpan terlebih dahulu. Biasanya, bila dapat gaji terus simpan 10% daripada gaji.

Jangan keluarkan duit tersebut. Kalau boleh, simpan di tempat yang susah untuk dikeluarkan seperti Tabung Haji, ASB, unit amanah.

2. Sediakan Bajet Bulanan

Bajet ataupun perancangan bulanan amat penting bagi mengelakkan duit gaji hilang entah ke mana dan untuk memastikan anda dapat membayar komitmen bulanan dengan tepat.

Pastikan anda merangka bajet pada setiap bulan seperti berikut:

Contohnya, korang gaji RM2500

Makan minum: RM400
Sewa bilik: RM250
Hiburan: RM50
Ibu bapa: RM200
Bil utiliti: RM100
Bil air letrik: RM100
Simpanan: RM200

Baki: RM1200

3. Hidup cara sederhana

Hidup di bawah kemampuan bukan bererti anda perlu hidup miskin sepanjang masa.

Jika anda boleh membeli Honda Civic Type R, simpan sahaja duit tersebut dan anda beli sahaja Proton Saga.

Fungsinya masih sama, malam anda juga masih lagi boleh sampai ke destinasi yang hendak dituju.

Jimat lebih baik bukan?

Dengan adanya bajet bulanan, anda dapat tahu setakat mana kemampuan anda.

Misalnya, selepas membuat bajet, gaji anda tinggal RM100 sahaja. Adakah keadaan itu yang anda inginkan?

4. Keperluan VS Kehendak

Anda perlu belanja mengikut keperluan, bukan nafsu semata-mata.

Anda juga tidak perlu nampak hebat di mata orang kerana yang penting poket anda selamat dan mempunyai simpanan yang cukup untuk hari mendatang.

5. Mencari pendapatan sampingan

Jika tiap bulan aliran tunai anda sentiasa negatif, ia bererti duit gaji masih belum mampu untuk menampung kos hidup anda.

Jadi apa yang perlu dilakukan adalah anda perlu mencari pendapatan sampingan supaya dapat menampung perbelanjaan harian.

6. Kawal Perbelanjaan

Jika tidak mampu menjana pendapatan sampingan, cubalah kawal perbelanjaan tersebut.

Jangan terlalu boros berbelanja membeli barang tidak berfaedah akhirnya bila sampai pertengahan bulan, anda akan seperti “cacing kepanasan”.

Elakkan juga berhutang.

Sebelum ia terjadi, lebih baik anda elakkan dengan sentiasa ingatkan diri dengan berjimat cermat.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.