Mandi satu perkara yang wajib anda lakukan untuk membersihkan diri.

Namun pernahkah anda terfikir berapa kali patut anda mandi dalam sehari?
Ia sebenarnya tidak mempunyai jumlah yang tetap sama ada tiga, empat atau lima kali dalam sehari anda perlu mandi kerana ia bergantung kepada tubuh badan anda sebenarnya.
Mandian mengikut jenis kulit
Setiap individu memiliki jenis kulit yang berbeza, dan setiap kulit yang berbeza ini boleh berubah keadaannya bergantung kepada cuaca dan persekitaran.
Ada individu yang memiliki jenis kulit yang normal, tetapi ada juga yang memiliki jenis kulit yang agak kering.
Oleh itu, bagi mereka yang mempunyai jenis kulit kering, kulit mereka akan menjadi lebih kering pada musim sejuk jika mandi dengan kerap.
Apakah yang akan jadi jika mandi terlalu kerap?
Mandi terlalu kerap akan menanggalkan lapisan minyak semula jadi yang terdapat pada permukaan kulit.
Minyak ini berfungsi sebagai lapisan perlindungan yang mengekalkan kelembapan kulit daripada menjadi kering akibat persekitaran luar kulit.
Bukan sahaja kekerapan mandi akan mempengaruhi hal ini, malah waktu mandi dan suhu air turut boleh menjejaskan kelembapan kulit.
Tempoh masa yang sesuai untuk setiap kali mandi?
Anda sebenarnya tidak digalakkan untuk mandi terlalu lama. Cukup sekadar beberapa minit untuk menghilangkan kekotoron dan terus keluar dari bilik mandi anda.
Mandian yang terlalu lama sehingga menjangkau 20 atau 30 minit boleh menanggalkan lapisan minyak semula jadi kulit anda atau juga disebut sebagai “sebum”.
Selain itu, anda disarankan mandi dengan menggunakan air bersuhu suam atau pada suhu bilik, air mandian yang terlalu sejuk atau panas sangat tidak digalakkan.
Bagaimana hendak menentukan kekerapan mandian harian?
Bagi mereka yang banyak terlibat dengan kerja-kerja fizikal dan luar bangunan, anda mungkin perlu kerap mandi berbanding mereka yang bekerja di dalam ruangan berpendingin hawa.
Individu yang bekerja di kawasan beriklim tropika yang terkenal dengan cuaca hujan dan panas, anda perlu lebih kerap mandi berbanding mereka yang tinggal di kawasan yang sejuk.
Kenapa? Kerana cuaca yang panas dan lembap menjadikan anda lebih berpeluh dan berbau.
Artikel ini diterbitkan di hellodoktor.com dan disemak Dr Duyen Le. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]