Lelaki rakam anak tiri mandi didenda RM6,000

Lelaki rakam anak tiri mandi didenda RM6,000

Tertuduh didakwa memiliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak iaitu 18 rakaman video dan beberapa gambar bogel anak tiri berusia 15 tahun.

gavel
Tertuduh mengaku bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Muar. (Gambar Reuters)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki dijatuhi hukuman denda RM6,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Muar kerana merakam dan memiliki bahan lucah iaitu video dan gambar bogel anak tirinya.

Tertuduh berusia 56 tahun didakwa memiliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak iaitu 18 rakaman video dan beberapa gambar bogel anak tiri berusia 15 tahun sedang mandi.

Perbuatan itu dilakukan di bilik pegawai penyiasat jenayah, IPD Muar antara 17 Sept hingga 21 Dis tahun lalu, menurut Harian Metro.

Pekerja pembersihan itu didakwa mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKKSTKK) 2017 dengan penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Hakim Nariman Badruddin berkata perbuatan tertuduh sangat teruk dan berharap lelaki itu insaf dan tidak mengulangi kesalahan tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Diyana Najihah Muhamed Fauzi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan jika tidak membayar denda. Tertuduh kemudian membayar denda itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.