
Ia antara perkara dimasukkan ke dalam Akta Kerja 1955.
“Kerajaan akan meneliti semula Akta Kerja 1955 bagi memastikan akta tersebut kekal relevan dengan keperluan pasaran tenaga kerja semasa,” kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam ucapan Belanjawan 2020 hari ini.
Oleh itu, kajian semula Akta Kerja 1955 meliputi perkara berikut:
- Meningkatkan tempoh cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari berkuat kuasa mulai tahun 2021
- Memanjangkan kelayakan bayaran lebih masa bagi golongan yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 kepada RM4,000 sebulan
- Menambah baik pengendalian aduan gangguan seksual dari segi perlindungan dan prosedur
- Memantapkan peruntukan berkaitan larangan diskriminasi dalam pekerjaan contohnya agama, kaum atau jantina.