SPRM dakwa bekas CEO Suruhanjaya Syarikat esok

SPRM dakwa bekas CEO Suruhanjaya Syarikat esok

Zahrah Abd Wahab Fenner dan anaknya, Abdulazeez Wan Ruslan akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan rasuah.

Zahrah Abd Wahab Fenner. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa bekas ketua pegawai eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Zahrah Abd Wahab Fenner atas pertuduhan rasuah esok.

Anak Zahrah, Abdulazeez Wan Ruslan juga akan dihadapkan ke mahkamah esok, kata SPRM.

“SPRM telah mendapat izin mendakwa daripada peguam negara bagi menuduh Zahrah dan anaknya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

“Kedua-duanya akan dituduh bersama berhubung siasatan beberapa kes rasuah,” kata SPRM dalam kenyataan hari ini.

Agensi anti-rasuah itu berkata, dua beranak itu dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada 2 petang tadi untuk melengkapkan proses akhir siasatan dan pendakwaan itu.

Zahrah yang merupakan akauntan bertauliah, dilantik sebagai CEO SSM pada 2015.

Dia pernah dilantik sebagai timbalan CEO (Perkhidmatan) SSM sejak suruhanjaya itu ditubuhkan pada 2002 dan akauntan utama Kementerian Luar dari 1992 hingga 1995.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.